Solskjaer puji semangat United

MANCHESTER, United Kingdom, 30 Jan – Ole Gunnar Solskjaer memuji semangat skuad kendaliannya, Manchester United setelah bangkit ketinggalan dua mata untuk melakar keputusan seri 2-2 menentang Burnley, hari ini.

Solskjaer sebelum ini terkenal dengan jaringan kemenangan buat kelab Old Trafford pada saingan Liga Juara-juara 1999 menumpaskan Bayern Munich, yang menjadi salah satu kemenangan dramatik buat United di bawah kendalian bekas pengurus, Alex Ferguson.

Pengendali sementara itu berdepan situasi yang sama di Old Trafford hari ini tatkala menyaksikan skuad kendaliannya itu mengekalkan rekod tanpa kalah sejak menyertai pasukan itu. – AFP