MOGADISHU, 19 Mac – Somalia telah menggesa pasukan gabungan yang diketuai Saudi yang bertempur di Yaman untuk menyiasat insiden yang mengakibatkan puluhan pelarian Somalia ditembak mati di dalam bot.
Ia tidak jelas siapa yang menjadi dalang serangan yang membunuh lebih 40 pelarian Somalia di perairan luar pantai Yaman yang dilanda perang awal Jumaat.
Pertumpahan darah itu dikecam oleh PBB dan Komiti Palang Merah Antarabangsa, dengan Menteri Luar Negeri Somalia, Abdusalam Omer menggesa pasukan gabungan diketuai Saudi bertempur pemberontak Huthi di Yaman untuk menyiasat perkara tersebut.
Somalia adalah anggota pasukan gabungan yang disokong AS menentang pemberontak Huthi Syiah yang bersepakat dengan Iran.
“Kami menyeru rakan kami berkenaan untuk menyiasat serangan itu,” kata menteri dalam satu kenyataan yang disiarkan lewat kelmarin.
“Ia amat menyedihkan, menyasarkan sebuah bot yang membawa pendatang Somalia berhampiran pantai Hodeida di Yaman.” – AFP