Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Somewhere Between tonjol kasih sejati seorang ibu

ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HAJI DAUD

 

DITERBITKAN oleh ITV Studios America dan Thunderbird Entertainment, Somewhere Between merupakan sebuah siri drama terbaru dari Amerika Syarikat yang diadaptasi dari siri drama Korea yang menampilkan elemen misteri, God’s Gift: 14 Days.

Sebagaimana yang diterangkan terdahulu, siri Somewhere Between ini menampilkan elemen misteri bahkan ia juga turut memuatkan kisah penerokaan dengan bantuan perjalanan rentas masa seperti yang juga pernah ditampilkan dalam siri Frequency dan Awake.

Antara barisan pelakon yang membintangi siri drama ini adalah Paula Patton, Devon Sawa, J.R. Bourne, Serge Houde dan Aria Birch.

Pada dasarnya, ia mengisahkan mengenai Laura Price lakonan Paula Patton yang telah mendapat firasat buruk di mana anaknya berusia lapan tahun, Serena Price lakonan Aria Birch terancam untuk menjadi mangsa pembunuhan.

Nasib jelas menyebelahi Laura Price apabila dia tersedar daripada mimpinya sekaligus kembali merentas masa seminggu sebelum tragedi buruk itu berlaku.

Nilai kasih sejati seorang ibu jelas terpancar dalam siri Somewhere Between.
Nilai kasih sejati seorang ibu jelas terpancar dalam siri Somewhere Between.

Lalu, Laura Price telah berusaha untuk memperbetulkan keadaan demi menghindarkan anak perempuannya, Serena daripada menjadi mangsa pembunuhan.

Berada dalam tempoh waktu seminggu lebih awal daripada tragedi buruk itu dijangka berlaku, Laura Price juga turut bertemu bersama Nico Jackson lakonan Debon Sawa yang merupakan bekas polis dan kini bekerja sebagai seorang penyiasat.

Maka, apakah Laura berjaya mengatur strategi demi menghalang tragedi buruk yang bakal menimpa anaknya itu dari terus berlaku dan untuk mengetahuinya jangan terlepas untuk terus menonton siri drama Somewhere Between sehingga ke penghujungnya.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -