SEOUL, 28 SEPT – Son Heung-min menjaringkan gol untuk perlawanan keduanya pada Selasa untuk membawa Korea Selatan menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan terbaharu Piala Dunia mereka.
Penyerang Spurs itu menanduk masuk bola selepas sepakan awal Kim Jin-su ditepis oleh penjaga gol Andre Onana pada minit ke-35, dan Korea Selatan kemudiannya bertahan untuk kemenangan di hadapan 59,000 penyokong di Stadium Piala Dunia Seoul.
Pada Jumaat, Son telah menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dalam keputusan seri 2-2 menentang Costa Rica.
Korea Selatan dan Cameroon, yang kedua-duanya berada di Qatar untuk Piala Dunia, mempunyai sedikit peluang untuk menjaringkan gol sebelum tandukan Son.
Percubaan Lee Jae-sung pada minit kelima memaksa Onana membuat penyelamatan yang sukar, manakala pemain Cameroon Moumi Ngamaleu melepaskan rembatan ke atas gawang pada minit ke-26.
Cameroon hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-43 apabila percubaan Bryan Mbeumo menerjah badan pertahanan Kwon Kyung-won dan terkena palang. – AFP
