BURNLEY, UNITED KINGDOM, 27 OKT – Son Heung-min berjaya menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan ketika membantu pasukannya Tottenham Hotspurs meraih kemenangan 1-0 ke atas Burnley pada perlawanan semalam sekali gus membawa skuad kendalian Jose Mourinho melonjak ke tangga kelima di kedudukan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Gandingan Son dan Harry Kane terus mempamerkan aksi yang mengagumkan buat Spurs.
Kesemua kelab enam teratas (big six) sudah tercicir mata yang diperlukan pada awal minggu musim ini dan aksi Spurs yang kurang bernasib baik pada perlawanan minggu lalu memberikan kekecewaan.
Namun Son Heung-min penyerang Korea Selatan berjaya menjaringkan gol kelapan di EPL musim ini pada minit ke-76, apabila menanduk masuk bola dari jarak dekat dengan hasil hantaran Kane. Spurs kini memungut 11 mata daripada enam perlawanan, hanya dua mata di belakang pendahulu liga Everton selepas meraih kemenangan ketiga mereka pada musim ini.
Mourinho memuji kedua-dua bintang penyerangnya yang kini telah mengumpul 29 gol di EPL, hanya Didier Drogba dan Frank Lampard dapat melakukan lebih daripada 36 gol.
“Memang difahamkan mereka berdua hadir dari waktu pengurus Maurcio Pochettino.” kata Mourinho.
“Saya tidak mahu memuji hanya kepada diri saya sendiri, mari berkongsi dengan Mauricio. Mereka berganding bersama agak lama, kemungkinan dengan cara berbeza kerana Harry tidak selalu menjalankan tugas sebagai pemain nombor sembilan sekarang.
“Apa yang lebih membanggakan saya mengenai mereka adalah mereka adalah pemain utama tetapi kawan rapat, tidak cemburu, mereka beraksi demi pasukan.”
Tiga mata yang diperoleh dengan sukar melegakan Mourinho, yang mana pasukannya kelihatan seperti mengejutkan dunia awal bulan ini ketika mereka membelasah Manchester United 6-1. – AFP