Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Son dedah hadapi isu perkauman

    SEOUL, 5 JULAI – Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min mendedahkan bahawa dia pernah berdepan dengan isu perkauman sebelum ini sebagai pemain bola sepak remaja di Jerman.

    Dia juga meluahkan rasa gembira apabila dapat ‘membalas dendam’ ketika Korea Selatan menyingkirkan Jerman daripada Piala Dunia 2018.

    Son, 29, merupakan pemain bola sepak Asia pertama yang memenangi Kasut Emas menerusi pencapaiannya sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan jaringan sebanyak 23 gol pada musim lalu.

    Ikon bola sepak Korea Selatan dan penjaring gol terkemuka Asia dalam sejarah bola sepak utama Inggeris itu juga telah dianugerahkan penghormatan sukan tertinggi Korea Selatan pada Jun lalu atas pencapaiannya yang luar biasa.

    Pada sisi lain, Son berkata bahawa detik kerjayanya yang paling tidak dapat dilupakan adalah kemenangan menakjubkan Korea Selatan 2-0 ke atas Jerman empat tahun lalu disebabkan isu perkauman yang pernah dialaminya di negara itu selepas menyertai Hamburg semasa remaja pada tahun 2010.

    Son berkongsi di khalayak ramai buat pertama kalinya mengenai pengalaman isu berkenaan, ketika bercakap kepada peminat pada satu acara di Seoul kelmarin.

    “Saya berpindah ke Jerman ketika saya masih muda dan mengharungi banyak detik yang sukar dan tidak dapat dibayangkan,” kata Son, yang meninggalkan Hamburg pada 2013 untuk berpindah ke Bayer Leverkusen.

    “Saya menghadapi banyak isu perkauman. Dan semasa melalui masa yang sukar, fikiran saya bercelaru dan ingin membalas dendam pada suatu hari nanti.”

    Jerman merupakan juara bertahan Piala Dunia di Rusia tetapi kekalahan yang mengejut kepada Korea Selatan bermakna mereka menduduki tangga tercorot kumpulan mereka. – AFP

    Son Heung-min sebelum ini berdepan dengan isu perkauman sebagai pemain bola sepak remaja di Jerman. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...