Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    SonaOne guna khidmat jurutera antarabangsa

    PETALING JAYA – Penyanyi SonaOne membuktikan dia sentiasa menghasilkan karya terbaik apabila single terbaharunya berjudul Again mendapat sentuhan jurutera dari Amerika Syarikat.

    SonaOne berkata, dia memilih Chris Athens untuk melakukan proses adunan lagu tersebut yang juga pernah bekerjasama dengan banyak penyanyi terkenal seperti Drake, Rick Ross, PartyNextDoor, DJ Khaled dan Charlie Puth.

    “Again, saya sendiri hasilkan dan lagu ini melambangkan identiti saya sebagai penyanyi termasuk elemen degupan dram bass yang padu.

    “Bagi memastikan hasilnya yang terbaik Again turut mendapat sentuhan jurutera adunan antarabangsa Chris Athens yang banyak bekerjasama dengan penyanyi-penyanyi terkenal Amerika Syarikat,” katanya.

    Dalam pada itu, SonaOne berkata, Again juga menandakan kemunculan semulanya dalam industri seni selepas enam bulan memberikan fokus kepada karier sebagai hos televisyen.

    SonaOne tampil dengan single terbaru berjudul Again.
    SonaOne tampil dengan single terbaru berjudul Again.

    Kata SonaOne, Again adalah secebis daripada apa yang bakal menyusul pada masa hadapan sejajar dengan perkembangan dan evolusi dalamnya dalam bidang muzik.

    “Sebagai seorang artis, saya sentiasa berkembang mengikut peredaran semasa, perubahan atau evolusi ini membuktikan kemajuan dalam diri saya dari pelbagai peringkat dan aspek.

    “Again hanya secebis sahaja daripada apa yang bakal men-yusul kelak,” ujarnya.

    Penyanyi kacukan Melayu-Perancis ini sebelum ini pernah bertindak sebagai hos program Hip Hoppin Asia: The Saga Continues dan baru-baru ini muncul dengan program travelog Ultimate Brocation untuk siaran saluran antarabangsa KIX.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda