SONAX Brunei bekerjasama dengan The Final Drive

Oleh Azlan Othman

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Essof Enterprise, pengedar produk penjagaan kereta SONAX dari Jerman, secara rasmi bekerjasama dengan The Final Drive untuk terus berkembang dan menyediakan inovasi bagi industri auto tempatan.

The Final Drive berfungsi sebagai platform ideal untuk menunjukkan cara terbaik penjagaan kereta di rumah dan perkhidmatan penjagaan kereta profesional yang ditawarkan oleh SONAX Brunei.

SONAX Brunei juga telah dilantik sebagai Exclusive Professional Detailer bagi kenderaan-kenderaan The Final Drive semasa penggambaran di lokasi.

The Final Drive adalah saluran ulasan kereta tempatan di media sosial (Instagram) yang dibarisi oleh Awangku Khairuddin bin Pengiran Umar, Awang Muhammad bin Abdul Khalid dan Awang Muhammad Nur Khalaf Khabilah bin Haji Mohd Daud yang mempunyai minat mendalam terhadap industri automotif.

Misi mereka adalah untuk mengetengahkan komuniti kereta tempatan bagi kenderaan-kenderaan jarang, termasuk vintaj dan eksotik.

Penandatanganan perjanjian bagi kerjasama antara SONAX Brunei dan The Final Drive.