Song tunjuk anak mulakan sesi persekolahan

Song Il Gook berkongsi memperlihatkan bagaimana anaknya yang kembar tiga belajar di rumah.

Semasa wabak COVID-19, sekolah-sekolah di Korea Selatan secara beransur-ansur memulakan sesi persekolahannya dengan pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian. Pada 20 April lalu merupakan hari bagi pelajar kelas satu dan kedua memulakan semester baharu mereka, yang mana Daehan, Minguk, dan Manse kini telah kembali bersekolah di rumah.

Ketika semester persekolahan dimulakan, pelakon Song Il Gook membuat satu post di Instagramnya untuk menyiarkan gambar anaknya yang kembar tiga sedang menjalani pembelajaran dalam talian dan gambar papan tanda belajar milik Minguk untuk hari itu ketika dia memulakan semester pertama kelas dua.

Song Il Gook menulis sebagai kapsyen, “Hari ini semester kelas 1 dan 2 secara dalam talian bermula! Kami tidak dapat berhubung dalam talian dan tidak mempunyai televisyen, jadi kami berhubung melalui projektor yang kebetulan kami miliki… Kepada semua ibu bapa pelajar sekolah rendah Korea, anda boleh melakukannya!”

Anak kembar tiga Song Il Gook menjadi terkenal dan paling disukai setelah mereka muncul di ‘The Return of Superman’ bersama ayah mereka dari tahun 2014 hingga 2016. – Agensi

Song Il Gook membuat satu post di Instagramnya untuk menyiarkan gambar anaknya yang kembar tiga menjalani pembelajaran secara dalam talian. – Agensi