Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Sony dedah prototaip kenderaan elektrik baharu

    LAS VEGAS, 5 JAN – Syarikat elektronik gergasi, Sony mendedahkan prototaip baharu kenderaan elektrik Vision-S kelmarin dan mengumumkan penubuhan sebuah syarikat untuk meneroka ke pasaran yang berkembang pesat.

    Firma Jepun itu, yang lebih terkenal dengan TV dan konsol permainan videonya, akan mewujudkan anak syarikat, Sony Mobility pada musim bunga 2022 kerana ia sedang berusaha untuk memasuki bidang tersebut.

    Ketua pegawai eksekutif Sony, Kenichiro Yoshida melancarkan Vision-S 02 pada pameran teknologi CES di Las Vegas, versi baharu prototaip pertama firma tersebut yang telah memulakan ujian jalan raya.

    Melalui cawangan baharu ini, syarikat elektronik gergasi itu “berhasrat untuk meneroka kemasukan ke pasaran EV,” katanya dalam satu kenyataan.

    Vision-S padat dengan sensor dalaman dan luaran serta digunakan oleh Sony untuk menguji teknologi pemanduan autonominya.

    Syarikat itu juga sedang mengusahakan sistem hiburan.

    Sektor kenderaan elektrik masih kecil, hanya menyumbang kira-kira tiga peratus daripada jualan semasa di AS tetapi ia menarik banyak minat dan pelaburan.

    General Motors telah merancang untuk melabur lebih daripada AS$35 bilion dalam kenderaan elektrik dan autonomi menjelang 2025.

    Pihak berkuasa di AS merancang untuk membelanjakan berbilion dolar untuk mengukuhkan rangkaian stesen pengecasan atau menggalakkan individu meninggalkan kenderaan berkuasa bahan api fosil mereka. – AFP

    Sony melancarkan prototaip baharu kenderaan elektrik Vision-S kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...