Sony lancar Xperia XA2 Plus

SONY Xperia XA2 Plus adalah telefon pintar terkini daripada syarikat Jepun berkenaan yang telah diumumkan di London, United Kingdom.

Peranti peringkat pertengahan ini menampilkan kamera belakang 23MP, sensor cap jari belakang dan sokongan bagi rakaman video 4K. Varian warna peranti ini termasuk hitam, hijau, emas dan perak.

Secara terperinci, Xperia XA2 Plus didatangkan dalam varian satu-SIM (Nano) dan dual-SIM (Nano), menggunakan Android Oreo dan menonjolkan paparan full-HD+ 6 inci dengan perlin-dungan Corning Gorilla Glass 5.

Ia dikuasakan SoC Qualcomm Snap-dragon 630, dipadankan dengan RAM 4GB atau 6GB dan varian storan dalaman 32GB dan 64GB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 400GB).

Bagi kameranya, Xperia XA2 Plus dilengakpi sensor 23MP di belakang dengan autofokus hibrid, lensa sudut luas 84 darjah dan menyokong rakaman video 4K.

Di depan pula terdapat sensor 8MP dengan lensa sudut luas 120 darjah dan apertur f/2.4 bagi selfie dan panggilan video.

Peranti ini disokong bateri 3,580mAh dengan sokongan pengecasan mudah suai Qnovo dan Charge 3.0.