Sony perkenalkan konsol PlayStation 5

SAN FRANCISCO, 12 JUN – Sony semalam memperkenalkan PlayStation 5 kepada dunia, bersama dengan permainan penuh aksi yang dicipta untuk konsol generasi akan datang.

Syarikat elektronik pengguna Jepun itu tidak mendedahkan harga atau pun tarikh pelancaran untuk PS5, yang akan bersaing dengan Xbox Series X baharu daripada Microsoft apabila konsol tersebut dilancarkan di pasaran pada akhir tahun ini.

“Dengan PlayStation 5, kami mencatat kemajuan cemerlang untuk menawarkan pengalaman permainan transformasi generasi baharu yang akan memberikan definisi baharu untuk permainan berkenaan,” kata ketua Sony Interactive Entertainment Jim Ryan.

Ryan berkata perkakasan itu akan menawarkan isi kandungan ‘yang lebih kaya dan lebih cantik yang akan memukau deria anda dalam cara yang tidak difikirkan mungkin.’

Satu penyampaian secara penstriman selama satu jam untuk menayangkan judul yang disediakan untuk PS5 berakhir dengan pengenalan konsol – menara hitam dengan tepi putih dengan balutan seperti cangkerang kima separa terbuka.

Dua versi PS5 ditunjukkan, satu dengan slot untuk permainan atau cakera video dan satu lagi tanpa slot untuk pemain yang memilih untuk memuat turun judul menerusi internet. – AFP

Gambar menunjukkan logo Sony PlayStation semasa Pertunjukan Permainan Tokyo di Makuhari, wilayah China. – AFP