Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Soon Huat-Shevon Lai ke separuh akhir

    SINGAPURA, 15 JULAI – Beregu campuran profesional Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Singapura 2022 kelmarin.

    Walau bagaimanapun, gandingan Malaysia itu terpaksa bermandi peluh apabila diheret bermain dalam perlawanan penentuan sebelum mengesahkan kemenangan 22-20, 16-21, 21-18 dalam 54 minit pertarungan, menewaskan pasangan ketujuh dunia, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong.

    “Saya mahu berikan kredit buat pasangan. Secara peribadinya, saya sangat gementar sepanjang perlawanan terutama apabila lawan sentiasa mendahului kami.

    “Soon Huat berjaya bertahan dengan tenang, mengawal rentak dan membawa saya kembali untuk lebih yakin dalam perlawanan,” kata Shevon.

    Pasangan Malaysia itu akan berdepan juara dunia Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand pada separuh akhir esok.

    Beregu campuran profesional Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Singapura 2022 kelmarin. – Xinhua

    “Kita pernah lawan mereka lebih daripada 10 kali. Kita agak biasa dengan corak permainan masing-masing. Namun, ia bergantung kepada keadaan kita dalam gelanggang pada hari perlawanan,” katanya.

    Dechapol-Sapsiree mara ke separuh akhir selepas mengenepikan pasangan Malaysia, Chen Tang Jie-Valeree Siow 21-10, 22-20 dalam satu lagi aksi suku akhir.

    Satu lagi beregeu Malaysia, Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei terpaksa akur kepada pasangan China, Gua Xin Ma-Zhang Shu Xian dengan keputusan 21-16, 21-14.

    “Kami telah melakukan banyak kesilapan,” kata Ee Wei.

    Pang Ron juga mengakui mereka banyak memberikan mata mudah kepada lawan dan tekad untuk menukar corak permainan ketika dalam gelanggang pada masa hadapan.

    “Mereka mengkaji permainan kami dan mempelbagaikan corak permainan mereka. Hantaran bulu tangkis mereka terlalu pantas dan lawan banyak bermain dengan pukulan rendah,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...