Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Beberapa prosedur operasi standard (SOP) telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan bagi menangani sebarang keadaan jika berlakunya penularan jangkitan kes COVID-19 semasa sesi persekolahan secara bersemuka berlangsung.
Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman menyatakan perkara tersebut pada Sidang Media bagi Status Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan turut menjelaskan lagi, di sekolah-sekolah telah disediakan bilik-bilik pengasi-ngan dan kelengkapan-kelengkapan bagi menangani kes-kes positif COVID-19.
Tindakan tersebut disediakan bagi mengasingkan serta mengawal penularan wabak ke tempat-tempat lain di sesebuah sekolah tersebut.