Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    SOP Fasa Empat Sarawak keluar 4 Jan

    KUCHING, 2 JAN – Prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk Sarawak, akan dikeluarkan pada 4 Januari ini.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan SOP tersebut akan dikendalikan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

    “Penduduk dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan SOP ditetapkan walaupun Sarawak berada dalam Fasa Empat PPN,” menurut JPBN dalam satu kenyataan hari ini.

    Pada 31 Disember lalu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan bersetuju supaya Sarawak dan Kelantan, beralih ke Fasa Empat PPN esok.

    Hishammuddin berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

    Pada hari ini, Sarawak mencatatkan 13 kes baharu COVID-19 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di Sarawak kini 252,341. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...