SOP pembukaan semula sekolah rendah

Oleh Syazwani Hj Rosli

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Dengan lebih 20,000 orang murid pra sekolah dan sekolah rendah akan kembali ke sekolah bagi fasa kedua pelan de-escalation, esok (18 Jun), kesihatan terus menjadi keutamaan.

Kementerian Pendidikan telah berkongsi prosedur operasi standard (SOP) menjelang pembukaan semula sekolah-sekolah rendah.

Di bawah SOP berkenaan, murid-murid berisiko dan mereka yang menunjukkan simptom-simptom dinasihatkan untuk menjalankan pembelajaran di rumah (HBL) dan ibu bapa diperlukan untuk segera mengambil anak mereka dari sekolah jika mereka menunjukkan sebarang simptom semasa di sekolah.

Di bawah Pelan Pendidikan Individu (IEP), pelajar boleh membuat sehari belajar di sekolah ([email protected]) dan dua hari HBL.

Pada masa yang sama, para pelajar dicadangkan untuk memakai penutup mulut dan hidung sepanjang masa. Mereka juga dinasihatkan untuk kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan pensanitasi tangan selepas batuk atau bersin, sebelum dan selepas makan, selepas setiap kali menggunakan tandas dan setiap kali tangan mereka kotor.

Para pelajar dinasihatkan untuk kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan pensanitasi tangan. – Gambar oleh Muiz Matdani

Oleh itu, para pelajar diperlukan untuk membawa tisu atau tuala muka, air minum dan pensanitasi tangan.

Semasa waktu rehat, para pelajar juga digalakkan untuk makan di kelas masing-masing.
Para pelajar tidak dibenarkan berkongsi barangan peribadi atau makanan bersama rakan-rakan kelas atau rakan, berjabat tangan, memegang atau menyentuh tangan rakan mereka, duduk dekat dengan rakan atau guru, berludah di atas lantai, menyentuh muka mereka atau pergi ke sekolah jika mereka merasa tidak sihat.

Ibu bapa, bagaimanapun, diperlukan untuk menyediakan barangan penting bagi anak-anak mereka seperti yang telah dinyatakan dan memberikan anak mereka wang dalam jumlah tepat.

Mereka juga digalakkan untuk mengingatkan anak-anak mengenai langkah keselamatan di sekolah dan juga mematuhi peraturan ketika menghantar dan mengambil anak-anak mereka di kawasan-kawasan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Ibu bapa juga patut mengetahui bahawa hanya seorang dewasa setiap keluarga dibenarkan memasuki kawasan sekolah bagi mengelakkan kesesakan.

Mereka juga tidak digalakkan untuk memasuki kawasan sekolah jika merasa tidak sihat kecuali mereka mempunyai temu janji dan tidak menyediakan wang besar untuk anak-anak mereka meminimumkan sentuhan wang kecil berkenaan.

Bagi guru-guru, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung ketika mengajar dan guru-guru berisiko hanya datang bagi sesi pengajaran mereka serta kerap mencuci tangan mereka dan mengamalkan penjarakan sosial bersama murid-murid dan rakan sekerja.

Guru-guru juga tidak dibenarkan menjalankan aktiviti-aktiviti berkumpulan, tidak membenarkan yang lain mendekati mereka, tidak membenarkan murid-murid berkongsi bahan-bahan pelajaran fizikal kecuali ia telah dibersihkan terlebih dahulu, tidak membenarkan murid-murid duduk dengan jarak kurang dari 1m dan banyak lagi.

Bagi pengendali kantin, mereka juga perlu menggunakan penutup mulut dan hidung serta sarung tangan, memastikan kebersihan pada setiap masa seperti mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan, kerap membersihkan kawasan kantin, melaksanakan sistem tempahan awal dan menjual makanan mereka pada kos $1 dan 50 sen sahaja.

Di samping itu, terdapat beberapa SOP lain yang perlu dipertimbangkan bagi sekolah-sekolah di keempat-empat daerah.

Dalam memastikan penjarakan sosial, sekolah-sekolah yang mempunyai bilik kelas bersaiz kecil perlu menggunakan ruang-ruang besar seperti bilik-bilik persidangan, perpustakaan, dewan dan surau.

Manakala itu, bagi meminimumkan jumlah pelajar dalam jelas, pihak sekolah boleh memilih gabungan [email protected] dan HBL di mana guru-guru boleh mengajar menerusi persidangan video bagi pelajar-pelajar mempunyai akses internet di rumah dan mereka yang tidak mempunyainya boleh hadir ke sekolah.

Langkah-langkah lain termasuk pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki kawasan sekolah, menempatkan pensanitasi tangan di lokasi-lokasi strategik, waktu rehat yang diaturkan, Pek Pembelajaran Rumah bagi semua peringkat, bilik-bilik kelas sentiasa dibersihkan selepas sesi pembelajaran setiap hari, meminimumkan pergerakan pelajar, menandakan laluan berjalan untuk mengawal trafik pelajar, memastikan pengudaraan yang mencukupi dalam kelas, menjalankan mesyuarat secara maya sahaja, tanda penjarakan sosial untuk berbaris, membenarkan seorang pelajar ke tandas pada satu masa dan sebagainya.