Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    SOP terkini di LTAB

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan orang ramai dan para penumpang mengenai prosedur serta langkah pencegahan terkini di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB).

    Prosedur dan langkah pencegahan berkenaan ialah penumpang-penumpang dibenarkan untuk ditemani dan dihantar semasa pelepasan oleh tidak lebih dua orang sahaja, orang ramai tidak dibenarkan untuk menyambut atau menjemput penumpang semasa ketibaan, semua penumpang dan pengunjung LTAB dikehendaki untuk mengimbas kod QR BruHealth sebelum memasuki Bangunan Terminal LTAB di mana hanya individu yang mempunyai kod warna hijau dan kuning akan dibenarkan masuk.

    Orang ramai yang hendak memasuki bangunan terminal tetapi belum melengkapi vaksinasi, mereka dikehendaki menunjukkan hasil saringan ujian pantas antigen (ART) yang negatif daripada pusat ART yang diiktiraf, yang mana tempoh pengesahan keputusan ujian adalah dua hari daripada ia diambil.

    Para penumpang yang akan membuat penerbangan dikehendaki menunjukkan dokumentasi penerbangan yang sah.

    Restoran, kafe dan kedai-kedai di dalam Bangunan Terminal LTAB adalah dihadkan kepada 75 peratus kapasiti mengikut kawasan premis masing-masing dan orang ramai dikehendaki untuk mengimbas kod QR BruHealth setiap kali memasuki premis-premis berkenaan.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian 2331747 atau e-mel, info.dca@dca.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...