Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Sophia Albarakbah akui dirinya introvert

    Mengakui dirinya seorang yang introvert dan pemalu, pelakon Sophia Albarakbah menjadikan bidang seni ini sebagai satu cara untuk dia mencabar dia supaya lebih berani berdepan dengan orang ramai.

    Mula berlakon sejak tiga tahun lalu, Sophia, 29, sebelum itu lebih selesa menerima tawaran sebagai model tangan untuk iklan komersial sebelum dilamar oleh pihak pengurusan untuk terus serius dalam bidang seni.

    “Sebelum berlakon drama saya lebih banyak menerima tawaran model tangan untuk iklan di televisyen selain model dalam beberapa muzik video.

    “Saya juga seorang yang pemalu dan kalau tidak terlibat dengan sebarang kerja, saya lebih suka duduk di rumah sahaja,” katanya kepada wartawan.

    Sophia ditemui ketika pelancaran drama Cinta Hilang Kata yang bakal disiarkan di kaca televisyen bermula Julai.

    Sophia cuba atasi perasaan malu apabila berjumpa orang ramai. – Agensi

    Drama arahan Kyoll Hamzah ini turut menampilkan pelakon lain seperti Shahz Jazle, Iqram Dinzly Nelissa Nizam, Hafiz Hamdan, Liza Abdullah dan Anne Abdullah.

    Meskipun baru tiga tahun dalam industri seni, nama Sophia mudah dikenali peminat kerana sering diberi kepercayaan untuk membawakan watak utama dalam drama.

    Melihat ia sebagai rezeki, Sophia juga tidak mahu namanya dikenali disebabkan kontroversi buruk kerana bimbang ia boleh memberi kesan kepada keluarga.

    Selain tidak mahu dihimpit kontroversi, Sophia juga enggan terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi terutama hal berkaitan cinta.

    Tidak meletakkan sasaran untuk berkahwin dalam masa terdekat, Sophia juga berharap dapat dipertemukan dengan seorang lelaki yang dapat memahami kerjaya sebagai seorang pelakon.

    “Berkahwin bukanlah keutamaan saya sekarang ini kerana mahu fokus pada kerjaya dahulu.

    “Saya juga tidak akan berkongsi dengan siapa saya bercinta kerana itu ialah kisah peribadi. Apabila sudah berkahwin nanti saya akan dedahkan siapa pasangan,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...