Monday, October 2, 2023
23 C
Brunei

    -

    Sophia dakwa dirasuk semasa penggambaran

    Pelakon Sophia Albarakbah berkongsi pengalaman mistik ketika melakukan penggambaran filem seram, Jerangkung Dalam Almari yang bakal menemui penonton di pawagam.

    Sophia, 29, mendakwa gara-gara ‘gangguan’, hampir sahaja berlaku perkara yang tidak diingini membabitkan nyawa pelakon lain.

    “Insiden berlaku ketika Sophia melakonkan babak mencekik anak lakonan Isaac Iman. Babak itu dirakam di sebuah bilik di mana hanya ada pelakon, jurukamera dan dua kru.

    “Ketika penggambaran berlangsung, tiba-tiba kru terjah bilik dan beritahu pengarah sudah lama meminta kami hentikan lakonan, namun, tidak endah.

    “Risau melihat tiada maklum balas dan menyangka saya sudah dirasuk, pengarah minta kru terbabit melihat apa yang berlaku.

    Sophia, mendakwa gara-gara ‘gangguan’, hampir sahaja berlaku perkara yang tidak diingini membabitkan nyawa pelakon lain.

    “Sebaik sahaja dimaklumkan perkara itu, saya terkejut. Saya tertanya-tanya kenapa babak ini dibuat terlalu lama. Saya fikirkan itu kehendak pengarah.

    “Semua orang dalam bilik tak dengar arahan diberi. Mujur kami cepat diberitahu, kalau tidak, tak tahulah apa yang akan berlaku,” katanya kepada media.

    Menerusi filem arahan Shadan Hashim ini, Sophia yang dahulunya lebih dikenali sebagai Sophia Koshka, membawa watak Shikin iaitu isteri kepada Fikri lakonan Datuk Adi Putra.

    Mengulas babak peluk yang dilakonkan bersama Adi, pelakon drama rantaian yang pernah mencetuskan fenomena iaitu Suamiku Lelaki Pendosa ini mengakui gementar dan kekok.

    “Ketika itu, saya dalam situasi antara percaya atau tidak saya sedang melakonkan babak itu dengan Adi. Namun, pada masa sama, saya cuba kawal perasaan agar tak lupa dialog.

    “Sebagai pelakon, kami hanya menjalankan tugas supaya babak yang dipapar nampak hidup. Sebagai suami isteri, jika berdepan dengan situasi mencemaskan, tentunya suami akan memeluk si isteri untuk menenangkan.

    “Lagipun babak peluk itu tidaklah keterlaluan,” katanya. Berikutan filem Jerangkung Dalam Almari dibikin sebelum penularan pendemik COVID, aktres berdarah kacukan Melayu, Cina dan Arab ni berharap penonton tidak cepat menghakimi hasil lakonannya.

    “Ini adalah filem kedua ketika awal kemunculan saya sebagai pelakon. Jadi, kalau ada kekurangan, harap penonton boleh terima,” katanya.

    Jerangkung Dalam Almari mengisahkan kehidupan Fikri tidak tenteram kerana sering diganggu jelmaan yang muncul dari dalam almari hingga mengancam nyawa isteri dan anaknya. Berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada Pak Hassan lakonan Wan Hanafi Su, Fikri pulang semula ke rumah lama. Namun, dia terpaksa membuat perhitungan dengan abang, Ali (Hasnul Rahmat) yang menyimpan rahsia gelap di sebalik ancaman jerangkung dalam almari.

    Filem Jerangkung Dalam Almari turut dibintangi Anne Abdullah, Zaidi Omar, Amerul Effendi dan Fazlina Ahmad Daud. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan