Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sophia Irwan wira MV FT

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 April – Sophia Irwan Ibrahim menjadi wira Pasukan MV FT selepas menumpaskan Pasukan ASMDB FT dengan jaringan 4-3 dalam aksi Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden Satu dan Dua Persatuan Bola Sepak Veteran Brunei Darussalam DST 2017.

    Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Menglait itu meyaksikan Pasukan MV FT mendahului perlawanan menerusi jaringan Abdul Noronyo Haji Apong pada minit ke-24.

    Meskipun ketinggalan 1 – 0 pada babak pertama, Pasukan ASMDB terus memberikan tekanan kepada pasukan MV dan usaha pasukan itu berhasil apabila Zahari Haji Jaya dan Mohammed Zunaidi Rosli menjadikan kedudukan 1-2.

    Namun Sophia Irwan menyamakan kedudukan pada minit ke 44, tetapi hanya mendapati pemain ASMDB, Airul Rahim Haji Japar sekali lagi memberikan pendahuluan untuk pasukannya.

    Mohd Tuksen Haji Kalong berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-74 untuk MV FTdan sekali gus meniup semangat. Dan ketika perlawanan seolah-olah berakhir dengan seri, Sophia Irwan muncul wira dengan jaringan keduanya dan sekali gus memastikan kemenangan MV FT .

    Manakala perkembangan perlawanan lain di Kompleks Sukan Tutong pula menyaksikan pasukan Panaga 2000 pulang dengan satu mata yang dikongsikan bersama Pasukan B.I.P FT. Sementara Pasukan Mengelella pula menewaskan Pasukan Samudra FC dengan jaringan 2 – 1.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda