Soto Pabo agih 300 bungkus nasi untuk anak yatim

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Sempena bulan Ramadan yang mubarak ini, anak-anak yatim di seluruh negara terus mendapat perhatian dan pemedulian daripada pelbagai pihak berupa sumbangan, sedekah dan banyak lagi.

Pada hari ini, De Hayat Café (Soto Pabo) telah menyerahkan sumbangan sedekah daripada Hamba Allah berupa Nasi Lemak Daging khas untuk seramai 300 orang anak yatim pada majlis yang berlangsung di restoran berkenaan di Jalan Kota Batu.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 211 orang anak yatim dan yang berkeperluan adalah dari Daerah Brunei dan Muara, 18 orang anak yatim dari Daerah Tutong, 27 orang anak yatim dari Daerah Belait dan 44 orang lagi dari Daerah Temburong.

Hadir menyampaikan sumbangan berkenaan ialah pemilik restoran Soto Pabo, Pengiran Haji Abu Bakar bin Pengiran Haji Osman dan Ketua Cef, Dayang Diana binti Haji Untong.

Sumbangan bertujuan untuk meraih pahala dan menggembirakan anak-anak yatim dalam bulan Ramadan.

Pengiran Haji Abu Bakar berkata, acara serupa juga akan diadakan pada Khamis depan di mana Hamba Allah dengan kerjasama Restoran Pabo akan memberikan sedekah sebanyak 250 bungkus nasi manakala itu, pada Jumaat, sebanyak 300 bungkus nasi lagi akan disedekahkan.

Antara anak yatim dari Daerah Temburong ketika menerima sumbangan sedekah berupa Nasi Lemak Daging yang disumbangkan oleh Hamba Allah untuk 300 anak yatim pada majlis yang berlangsung di restoran De Hayat Cafe (Soto Pabo), Jalan Kota Batu, yang mana sumbangan telah disampaikan oleh pemilik restoran tersebut, Pengiran Haji Abu Bakar bin Pengiran Haji Osman. – Gambar oleh Muiz Matdani
Pengiran Haji Abu Bakar dan Dayang Diana menyampaikan sumbangan daripada Hamba Allah kepada anak-anak yatim.
Pengiran Haji Abu Bakar menyampaikan sumbangan bungkusan nasi untuk anak-anak yatim.