Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Souquet diketepikan akibat tulang retak

    PARIS, 9 Jan – Pemain pertahanan Nice Arnaud Souquet dijangka akan diketepikan selama dua hingga ke tiga bulan selepas beraksi dalam Piala Perancis, kelab Ligue 1 itu memaklumkan semalam.

    Souquet terpaksa dikeluarkan pada minit ke-76 dalam perlawanan yang berlangsung pada Sabtu menentang Toulouse.

    “Pengesahan semalam: Arnaud Souquet mengalami keretakan metatarsal kelima kaki kiri. Pemain yang beraksi dengan baik dalam separuh masa pertama akan terpaksa diketepikan dalam tempoh dua ke tiga bulan,” menurut kenyataan Nice.

    Souquet yang berusia 25 tahun beraksi sebanyak 18 perlawanan untuk Nice musim ini.

    Dia akan menjalankan pembedahan hari ini.

    “Seluruh pasukan berharap pemain pertahanan itu pulih secepatnya dan dia akan beraksi dengan lebih mantap pada musim bunga ini,” tambahnya.

    Nice kini menduduki tangga keenam dalam Ligue 1, akan berdepan Monaca dalam saingan Piala Liga Perancis peringkat suku akhir hari ini. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda