Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sousa nafi Witsel sertai Dortmund

    BERLIN, 3 Ogos – Borussia Dortmund nampaknya berdepan dengan kekecewaan dalam pemburuan mereka untuk menandatangani pemain tengah Belgium, Axel Witsel dari kelab China, Tianjin Quanjin bagi jendela perpindahan pada masa ini.

    Dortmund dilaporkan berharap untuk mengaktifkan pembelian klausa 20 juta euro ($23.2 juta) dalam kontrak Witzel, tetapi ketua jurulatih Quanjian, Paulo Sousa menghalang potensi perpindahan dengan kontrak bintang Piala Dunia itu sehingga Disember 2019.

    “Saya tidak menerima sebarang maklumat mengenai perpindahan Witsel, sama ada dari kelab mahupun pemain itu sendiri,” Sousa memberitahu badan penyiaran China, CGTN.

    “Menurut pemahaman saya adalah pemain itu mungkin memiliki klausa dalam kontraknya, tetapi klausa hanya boleh dilakukan ketika jendela perpindahan.

    “Sekarang jendela perpindahan di China sudah ditutup (pada 12 Julai), perpindahan tidak akan berlaku.

    Axel Witsel semasa beraksi menentang Perancis pada Piala Dunia lalu. – AFP

    “Saya yakin Witsell akan kembali. Beliau memainkan peranan penting dalam pasukan kami.”

    Pemilik Quanjin, Shu Yuhui menyokong pendirian Sousa itu dalam satu temu bual di media Tianjin dengan berkata “Witsel akan kembali (ke China) pada 5 Ogos.”

    Menurut media Jerman, Witsel pada masa ini bercuti di pulau Ibiza, Sepanyol dan dilaporkan berkeinginan untuk menyertai pasukan dari Bundesliga, Dortmund, yang layak bagi Liga Juara-Juara 2018/19.

    Persetujuan itu dilihat akan diselesaikan pada Isnin nanti apabila badan penyiaran Belgium, RTBF mendakwa pemain itu, 29, yang membantu Belgium menamatkan tangga ketiga pada Piala Dunia, sudah berada di Dortmund bagi pemeriksaan kesihatan, yang mana adalah tidak benar.

    Bagaimanapun, akhbar harian Jerman, Bild, masih mengharap Witsel akan menjadi pemain Dortmund dalam masa beberapa hari lagi.

    Ketua jurulatih baharu, Lucian Favre dilaporkan bersemangat untuk melibatkannya dalam posisi tengah Dortmund yang baharu di samping pemain tengah Jerman, Julian Weigl dan pemain yang baharu ditandatangani Thomas Delaney, yang menyertai pasukan itu dari Werder Bremen. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda