NIZHNIY NOVGOROD, 25 Jun – Pengurus England, Gareth Southgate tetap tidak sambil lewa selepas kemenangan England 6-1 ke atas Panama dan mengakui bahawa dia tidak menyukai persembahan yang ditonjolkan.
Southgate memberitahu BBC: “Saya bersikap hiper-kritikal tetapi saya tidak menyukai aksi awal dan gol pada saat-saat akhir. Namun pertengahan perlawanan agak bagus!” menurut Southgate.
Ditanya mengenai perubahan kesebelasan utama ketika menentang Belgium nanti, Southgate mengulas: “Saya mahu mengekalkan momentum, kita perlu memikirkan mengenai pasukan yang mahu diturunkan, ia merupakan peluang untuk beberapa pemain yang belum beraksi tetapi kami perlu kekalkan rekod kemenangan. – AFP