Soyeon bergabung dengan agensi baharu

Setelah berpisah dengan kumpulan T-ara dan MBK Entertainment pada tahun 2017, Soyeon secara rasmi telah bergabung dengan agensi baharu.

Pada 11 Julai lalu, Think Entertainment mengumumkan bahawa Soyeon telah menandatangani kontrak eksklusif dengan agensi mereka dan berjanji akan menyokongnya dalam pelbagai bidang sehingga dia dapat berkembang dengan banyak cara.

Setelah penampilan pertamanya sebagai anggota T-ara pada tahun 2009, Soyeon muncul dalam berbagai karya, seperti drama Haeundae Lovers, drama web Sweet Temptation, dan variety show Shopping King.

Think Entertainment kini menempatkan sejumlah selebriti, termasuk pelawak Kim Won Hyo, pelakon Lee Chul Min, dan penyanyi Kim Ho Joong. – Agensi

Bekas ahli kumpulan T-ara, Soyeon secara rasmi menandatangani kontrak eksklusif dengan Think Entertainment. – Agensi