SpaceX bakal dilancarkan

WASHINGTON, 21 MEI – Dua angkasawan NASA tiba di Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida semalam, seminggu sebelum mereka berlepas dengan menaiki kapal SpaceX – penerbangan angkasa lepas pertama yang meninggalkan negara Amerika Syarikat (AS) dalam sembilan tahun.

Angkasawan AS telah terbang ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dengan roket Rusia Soyuz sejak program angkasa lepas berakhir pada 2011, satu program yang ingin diakhiri oleh mereka.

“Masa yang diambil adalah lama,” kata Douglas Hurley, yang akan menjadi salah seorang angkasawan dan juga mengadakan penerbangan angkasa lepas terakhir.

Beliau dan rakan Robert Behnken akan menjadi manusia pertama yang menaiki kapsul Crew Dragon SpaceX, yang diuji dengan dami pada tahun lalu.

Crew Dragon akan berlepas dari Kennedy dengan bantuan daripada roket Falcon 9 SpaceX dan berlabuh di ISS, yang kini menempatkan dua angkasawan Rusia dan seorang angkasawan Amerika.

“Inilah masa yang hebat untuk menjadi angkasawan, dengan menaiki kapal angkasawan baharu,” kata Behnken semasa sidang media di Florida.

Kedua-dua mereka tiba di Florida menaiki jet NASA selepas dikuarantin sejak 13 Mei di Houston dalam usaha untuk melindungi diri mereka dan juga mereka di ISS daripada koronavirus.

Berbeza dengan program sebelumnya, pelancaran pada 27 Mei akan diadakan tanpa penonton disebabkan pandemik COVID-19. – AFP

Angkasawan NASA Bob Behnken (kiri) dan Doug Hurley melambai ketika mereka meninggalkan sidang media selepas tiba di Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Cape Canaveral, Florida pada 20 Mei 2020. – AP