SpaceX bakal lancar misi ke Musytari 2024

WASHINGTON, 25 JULAI – NASA berkata ia telah memilih SpaceX untuk melancarkan misi penerbangan ke bulan berais Europa, planet Musytari.

Misi Europa Clipper akan dilancarkan pada Oktober 2024 dengan menggunakan roket Falcon Heavy dari Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida, dengan jumlah kontrak bernilai AS$178 juta.

Misi itu bertujuan mengkaji sama ada bulan Europa yang bercuaca sejuk dan juga salah satu bulan Galilea paling kecil milik Musytari, boleh menjadi tempat sesuai untuk dijadikan penempatan manusia.

Antara objektif misi adalah untuk menghasilkan gambar resolusi tinggi dan peta komposisi dari permukaan atmosfera, mencari tanda aktiviti geo-logi serta menentukan kedalaman dan tahap kemasinan lautan. Ia juga akan menggunakan radar untuk menembusi lapisan ais untuk mencari air di bawah permukaannya.

Misi sebelum ini sepatutnya dilancarkan dengan roket Sistem Pelancaran Angkasa Lepas (SLS) NASA sendiri, yang dibelenggu penangguhan dan kos berlebihan, dengan pengkritik menggelarnya ‘program pekerjaan’ untuk negeri Alabama di mana kebanyakan kerja-kerja pembangunan diadakan.

Sementara SLS masih belum beroperasi, Falcon Heavy telah dihantar untuk misi komersial dan kerajaan sejak penerbangan sulungnya pada 2018 apabila ia membawa Roadster Tesla milik Musk ke angkasa lepas.

Ia menghasilkan 22 juta Newton pada pelancaran, bersamaan dengan kira-kira 18 pesawat udara. – AFP

Gambar fail menunjukkan Elon Musk, pengasas SpaceX, bercakap semasa Satelt 2020 di Pusat Konvensyen Washington di Washington.NASA berkata ia telah memilih SpaceX untuk melancarkan misi penerbangan ke bulan sejuk Eropah di planet Musytari. – AFP