SpaceX berlepas menuju ke orbit

PUSAT ANGKASA KENNEDY, AS, 16 SEPT – Roket Falcon 9 milik SpaceX membawa empat pelancong angkasa berlepas malam semalam dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida bagi misi pertama mengorbit bumi bersama kru yang terdiri orang awam.

Bebola api besar menerangi langit ketika sembilan enjin roket itu mula berlepas dari bumi sekitar jam 8 malam.

Sekitar 12 minit berlepas, kapsul Dragon berpisah dari peringkat penghantar roket ketika kru memasuki orbit, sementara peringkat pertama kapsul kembali semula ke bumi.

“Beberapa individu sudah pergi sebelum ini dan ramai lagi yang akan menyusuli langkah ini,” kata Jared Isaacman, jutawan berusia 38 tahun yang menyewa penerbangan itu.

Trajektori kapal angkasa itu akan membawanya kepada altitud 575km, yang begitu jauh ke ruang angkasa daripada Stesen Angkasa Lepas (ISS).

Selepas menghabiskan tiga hari mengelilingi bumi, empat kru semua warga Amerika itu akan mendarat di pantai Florida.

SpaceX, diasaskan oleh pemilik jutawan Tesla, Elon Musk tidak mendedahkan berapa kos perjalanan Isaacman – namun harganya mungkin puluhan juta dolar. – AP

Gambar yang disediakan oleh Inspiration4, Elon Musk (depan) bersama kru amatur sebelum berlepas ke orbit. – AP