Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    SpaceX lancar 53 satelit Starlink

    PANGKALAN ANGKASA LEPAS VANDENBERG, 15 MEI – Sebuah roket SpaceX membawa 53 satelit untuk internet Starlink ke orbit baru-baru ini selepas berlepas dari California.

    Roket penggalak Falcon 9 berlepas dari Pangkalan Angkasa Lepas Vandenberg pada pukul 3:07 petang, dan beberapa minit kemudian peringkat pertama penerbangan mendarat di kapal dron di Lautan Pasifik sementara peringkat kedua menuju ke orbit Bumi.

    SpaceX berkata di Twitter bahawa satelitnya berjaya dipasang.

    Starlink adalah sistem berasaskan angkasa yang telah dibangunkan SpaceX sejak beberapa tahun ini untuk membawa akses internet ke kawasan terpinggir di dunia.

    Hawthorne, firma SpaceX yang berpangkalan di California, mempunyai ratusan satelit Starlink yang mengelilingi Bumi pada altitud 550 kilometer. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...