Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    SpaceX lancar roket pertama selepas kegagalan di Florida

    LOS ANGELES, 15 Jan – Roket SpaceX Falcon 9 dilancarkan dari California semalam dan meletakkan kumpulan satelit ke orbit, dan menjadikan pelancaran pertama syarikat itu sejak roketnya yang serupa terbakar di tempat pelancaran Florida lebih empat bulan lalu.

    Roket dua tingkat itu berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Vandeberg pada pukul 9:45 pagi membawa muatan bagi Iridium Communication Inc, yang menggantikan keseluruhan rangkaian sejagatnya dengan satelit 70 satelit generasi akan datang.

    Satelit-satelit itu diaturkan kedudukannya sejam selepas pelancaran itu.

    Kira-kira sembilan minit selepas roket dilancarkan, dengan tepuk sorak dari bilik kawalan, tingkat pertama pembuangannya mendarat tegak di atas kapal dron di Lautan Pasifik selatan Vandenberg – sebahagian usaha Spacex untuk menjadikan booster boleh digunakan semula.

    Syarikat itu telah berjaya sebanyak enam kali sebelum ini dengan pendaratan atas baj atau daratan.

    Roket SpaceX Falcon membawa 10 satelit Iridium komunikasi NEXT berlepas dari kompleks 40 pelancaran di Kompleks 4E Pelancaran Angkasa Lepas, Pangkalan Tentera Udara Vandenberg pada 14 Januari. – AP
    Roket SpaceX Falcon membawa 10 satelit Iridium komunikasi NEXT berlepas dari kompleks 40 pelancaran di Kompleks 4E Pelancaran Angkasa Lepas, Pangkalan Tentera Udara Vandenberg pada 14 Januari. – AP

    Kamera yang berada di dalam tingkat pertama memberikan pengalaman anda di sana kepada penonton ketika ia pulang ke bumi, pendaratan roket berapi dan membuat pendaratan tegak sempurna atas landas terapung.

    Pengembalian penerbangan adalah langkah penting bagi SpaceX, syarikat jutawan Elon Musk yang beribu pejabat di California yang mempunyai kira-kira 70 pelancaran menanti, bernilai lebih AS$10 bilion. Selain pelancaran komersial, SpaceX membawa bekalan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa dan memajukan kemampuan kapsul untuk membawa angkasawan ke stesen itu.

    Para pegawai SpaceX berkata mereka telah mengenal pasti semua kemungkinan punca kemalangan 1 September ketika ujian sebelum pelancaran di Stesen Tentera Udara Cape Canaveral dan mengambil tindakan pembetulan.

    Kemalangan itu telah memusnahkan roket dan muatannya iaitu satelit yang dikehendaki Facebook untuk menggunakan menyebarkan kemudahan Internet di Afrika – dan menghentikan program Falcon9 ketika penyiasatan dijalankan..

    Sepuluh satelit yang dilancarkan semalam adalah sebahagian McLean, projek Iridium di Virginia untuk menggantikan rangkaian satelit yang sedia ada yang menyediakan suara sejagat dan perhubungan data. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda