SpaceX selesai uji penerbangan roket Marikh

HOUSTON, 5 OGOS – SpaceX semalam berjaya menamatkan penerbangan roket prototaip terbesar Starship yang pernah diuji, dalam masa kurang seminit, yang diharapkan syarikat itu akan digunakan satu hari nanti untuk meneroka planet Marikh.

“Planet Marikh kelihatan nyata,” kata pengasas SpaceX, Elon Musk, sebagai jawapan kepada peminat.

Prototaip Starship sekarang masih mentah, ia adalah silinder logam besar, dibina dalam beberapa minggu oleh pasukan SpaceX di pantai Texas, di Boca Chica tetapi masih lebih kecil daripada roket sebenar.

Beberapa prototaip sebelumnya meletup semasa menjalani ujian dan proses percubaan.

Dalam gambar yang dikongsi semalam oleh beberapa pakar ruang angkasa, termasuk laman web berita ruang angkasa NASASpaceFlight.com, prototaip terbaharu, dubbed SN5 mencapai ketinggian yang belum ditentukan sebelum turun ke darat, menunjukkan kawalan penerbangan yang baik.

“Dan ketika asap menghilang, ia berdiri di sana dengan sangat baik, setelah penerbangan 150 meter!” kata saintis tertinggi NASA, Thomas Zurbuchen di laman Twitter.

Apa yang disebut ‘ujian hop’ itu dirancang untuk mencapai ketinggian 150 meter (492 kaki), tetapi SpaceX belum mengesahkan perincian mengenai penerbangan itu.

Pada tahun 2019, prototaip sebelumnya, Starhopper yang lebih kecil telah terbang hingga ketinggian 150 meter dan kembali ke darat.

Starship yang dibayangkan oleh Musk terbang setinggi 120 meter dan akan dapat mendarat secara menegak di Marikh. – AFP