SpaceX tangguh pelancaran satelit

WASHINGTON, 17 Mei – SpaceX menangguhkan satu pelancaran 60 satelit ke orbit Bumi yang dijadual pada malam semalam, kemungkinan sehingga minggu depan, memetik keperluan mengemaskinikan perisian.

Pelancaran roket SpaceX Falcon 9 dari Cape Canaveral akan menjadi pelancaran pertama projek Starlink untuk memancarkan jalur lebar internet di seluruh planet.

“Menawarkan diri untuk mengemaskinikan perisian satelit dan memeriksa segala-galanya sekali lagi,” kata satu tweet daripada laman rasmi SpaceX.

“Sentiasa ingin melakukan segala yang mampu di darat untuk memaksimumkan kejayaan misi, peluang pelancaran seterusnya adalah dalam kira-kira satu minggu.Pelancaran, yang pada mulanya dijadual pada Rabu, ditangguhkan kerana angin kencang.”

Firma jutawan Elon Musk, yang mempelopori perlumbaan angkasa lepas sektor swasta apabila ia membabitkan pelancaran roket, kini berusaha untuk merebut sebahagian besar daripada pasaran internet angkasa lepas pada masa depan.

Roket SpaceX Falcon 9, dengan muatan 60 satelit untuk rangkaian jalur lebar Starlink SpaceX, dilihat sejurus selepas pelancaran dibatalkan di kompleks pelancaran angkasa lepas di Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Cape Canaveral, Fla., pada 15 Mei 2019. Pelancaran telah dijadual semula pada petang Khamis. – AP

Pelancaran akan menjadikannya perintis awal, di samping pesaing OneWeb, namun mendahului Projek Amazon Kuiper, gagasan pencabar angkasa lepas Musk, Jeff Bezos.

Musk berharap dapat merebut tiga hingga lima peratus daripada pasaran global masa depan, satu angka yang dikongsi oleh beliau pada Rabu ketika satu persidangan akhbar bersama wartawan.

Ia mungkin mendatangkan keuntungan berjumlah AS$30 bilion setahun untuk SpaceX, lebih 10 kali berbanding apa yang diperoleh daripada pelancaran roket, tambah beliau.

Matlamatnya adalah membiayai pembangunan roket dan kapal angkasa lepas masa depan, untuk mencapai impian bos untuk menjajah Marikh.

Setiap satelit mempunyai berat 227 kilogram dan dibina dalam negeri di Redmond, berhampiran Seattle.

Peringkat kedua pelancaran roket akan bermula sejam selepas pelancaran, pada altitud 270 batu dan seterusnya satelit akan menggunakan radakan mereka untuk mengambil kedudukan mereka dalam orbit yang rendah pada 340 batu.

SpaceX telah menerima kebenaran daripada kerajaan AS untuk melancarkan sehingga 12,000 satelit pada tahap orbit yang berlainan, tetapi Musk berkata pada Rabu satu ribu satelit sudah pun memadai untuk menjadikannya “berdaya maju.” – AFP