Sparkplug pulang semula ke kurungan selepas ‘kembara’

BANDAR SARDIS, ALABAMA, 27 OKT – Seekor kura-kura seberat 200 paun dinamakan Sparkplug yang lari dari kurungannya di Alabama telah pulang selepas perjalanan merentas dua negara dan kira-kira sebuah ladang kacang soya.

Sparkplug, kura-kura Afrika berusia 60 tahun itu tinggal dalam kurungan di Daerah Etowah, menyeludup keluar dari kandang berpagar pada Khamis lalu.

Seorang penunggang motosikal yang mengesan haiwan itu di tepi jalan membawanya kembali ke ladang Daerah Marshall yang luasnya 200 ekar, kata pemiliknya Ty Harris memberitahu The Gadsden Times pada Isnin.

Harris mula mendapat tahu apa yang telah berlaku setelah menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat mengenai Sparkplug, tetapi timbul masalah untuk mencari semula kura-kura itu di tempat ia telah dilepaskan.

Namun jejak yang ditinggalkan oleh kura-kura besar itu dapat dikesan dengan para petani-petani dapat melihat kawasan ladang kacang soya mereka yang telah Sparkplug redah.

Lelaki yang pada awalnya melepaskan Sparkplug ke kawasan hutan akhirnya menemui kura-kura itu dan mengembalikannya semula kepada Harris pada Sabtu.

“Dia hanya meluangkan masa beberapa hari ke kawasan bandar,” kata Harris.

Harris telah mengoperasi tempat hidupan liar di kawasan itu dan mendapat Sparkplug dari sebuah keluarga di New Jersey yang tidak dapat lagi menjaga haiwan tersebut. – AP

Kura-kura Afrika yang dikatakan hidup lama dan membesar dengan berat sehingga ratusan paun. – Agensi