Spesies antelop Tibet bertambah

BEIJING, 10 OGOS – Jumlah antelop Tibet di China dilaporkan bertambah kepada kira-kira 300,000 ekor berbanding kurang daripada 70,000 ekor pada 1980an.

Sehubungan itu, status haiwan tersebut yang dahulunya diklasifikasikan sebagai spesies hampir pupus kini diturunkan kepada kategori spesies hampir terancam. Kejayaan itu susulan pemerkasaan usaha China dalam melindungi ekologi dan membanteras kegiatan pemburuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dikategorikan sebagai haiwan yang diberi keutamaan perlindungan di China, antelop Tibet memainkan peranan amat signifikan dalam memelihara keseimbangan ekologi di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet. –Bernama