Wednesday, January 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spesies di NZ paling diancam kepupusan

    WELLINGTON, 6 DIS – Para saintis meluahkan kebimbangan selepas satu kajian yang diterbitkan hari ini menunjukkan spesies di New Zealand adalah antara yang paling terdedah kepada kepupusan akibat perubahan iklim.

    Menurut Pengarah Makmal Palaeogenetik Otago, Universiti Otago, Nic Rawlence, biodiversiti unik di New Zealand kini berdepan risiko kepupusan serius akibat perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia.

    “New Zealand telah disasarkan secara khusus. Kita berada di barisan hadapan krisis iklim dan kerajaan perlu bertindak segera,” kata Rawlence, menyifatkan kajian itu sebagai ‘mengagumkan tetapi amat membimbangkan.’

    Kajian yang diterbitkan dalam jurnal saintifik terkemuka dunia, Science, berdasarkan analisis global dalam penyelidikan 30 tahun, mendapati dengan peningkatan suhu global sebanyak 2.7 darjah Celsius, satu daripada 20 spesies di seluruh dunia berisiko pupus, dengan amfibia menjadi kumpulan paling terkesan.

    Rawlence menyeru agar usaha pemuliharaan difokuskan kepada spesies yang paling berisiko kerana terdapat jeda masa yang panjang antara kesan iklim dan kepupusan sebenar, yang boleh memberikan peluang untuk spesies tersebut menyesuaikan diri dengan perubahan iklim. – Xinhua

    Fail foto bertarikh 12 April 2023 menunjukkan seorang ahli pasukan Projek Capital Kiwi memegang seekor kiwi jantan di Bukit Tawa, Terawhiti Station, Wellington, New Zealand. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda