Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Spesies nyamuk pembawa malaria merebak di Afrika

    PARIS, 4 NOV – Spesies invasif nyamuk pembawa malaria dari Asia dipercayai merebak di Afrika, di mana ia boleh menimbulkan ancaman ‘unik’ kepada puluhan juta penduduk bandar.

    Di Afrika, lebih 95 peratus daripada 627,000 kematian akibat malaria di dunia dicatatkan pada tahun 2020 dengan kebanyakannya tersebar di kawasan luar bandar yang disukai kumpulan nyamuk Anopheles gambiae yang dominan.

    Bagaimanapun, nyamuk Anopheles stephensi, yang sekian lama menjadi penyebar malaria utama di bandar-bandar India dan Iran didapati boleh membiak dalam bekalan air, bermakna ia boleh hidup ketika musim kemarau selain tahan terhadap racun serangga yang biasa digunakan.

    Penyelidikan permodelan pada 2020 mendapati jika Anopheles stephensi merebak secara meluas di Afrika, lebih 126 juta orang di 44 bandar berisiko dijangkiti malaria.

    Djibouti menjadi negara Afrika pertama mengesan Anopheles stephensi pada 2012 dan hampir membasmi penyakit itu dengan hanya 27 kes dilaporkan pada tahun berkenaan.

    Bagaimanapun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah itu melonjak sejak ketibaan Anopheles stephensi, mencecah 73,000 kes pada 2020.

    Di bandar Dire Dawa di timur Etiopia, sebuah hab pengangkutan antara ibu negara Addis Ababa dan Djibouti, dilaporkan merekod 205 kes malaria pada 2019.

    Bagaimanapun tahun ini, lebih 2,400 kes dilaporkan antara Januari dan Mei di mana ia tidak pernah berlaku sebelum ini memandangkan musim kemarau. – AFP

    Gambar serahan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan nyamuk Anopheles stephensi di permukaan kulit manusia, dalam proses untuk menghisap darah menerusi labrumnya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...