Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    Spesies tenggiling baharu ditemui di China

    KUNMING, 2 OKT – Penyelidik China telah menemui spesies tenggiling baharu berdasarkan data genomik yang dikumpul daripada sisik tenggiling.

    Spesies tenggiling baharu itu dinamakan Manis mysteria, atau tenggiling misteri Asia, lapor Xinhua. Penemuan itu berlaku lebih daripada 100 tahun sejak kali terakhir penyelidik menemui spesies tenggiling iaitu tenggiling Filipina.

    Tenggiling adalah antara mamalia liar yang paling kerap diperdagangkan secara haram di dunia.

    Terdapat lapan spesies tenggiling yang diketahui sebelum penemuan baharu itu dengan kesemuanya disenaraikan dalam Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), dan tiga daripadanya diklasifikasikan sebagai terancam secara kritikal.

    Spesies baharu itu ditemui semasa pengenalpastian spesies molekul sisik tenggiling seludup yang dirampas di wilayah Yunnan dan Hong Kong di China, apabila haplotip mitokondria baharu dikesan, kata seorang penyelidik di Universiti Yunnan, Yu Li yang mengambil bahagian dalam penyelidikan bersama itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India setuju tarik balik tentera dari Maldives

    NEW DELHI, 4 DIS – India telah bersetuju untuk menarik balik tenteranya dari Maldives, kata presiden kepulauan strategik itu, memenuhi janji yang dibuatnya menjelang...