Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    SPICES USM tempatkan lebih 200 spesimen organ manusia

    KOTA BHARU, 18 SEPT – Universiti Sains Malaysia (USM) membangunkan Galeri Interaktif Sains Perubatan (SPICES) bernilai RM2.4 juta yang menempatkan lebih 200 spesimen manusia, dikatakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

    Naib Canselor USM, Kampus Kesihatan, Prof Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed berkata SPICES turut dilengkapi kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkonsepkan tiga dimensi (3D), realiti maya (VR) dan realiti perantara (AR) di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) universiti itu di sini.

    “Organ dan spesimen asli diambil melalui proses biopsi tisu atau pengambilan tisu pesakit daripada anggota badan, kemudian diawet dan dipa-merkan termasuk sel kanser serta ketumbuhan, di dalam galeri berkenaan untuk P&P.

    “Organ dan spesimen ini diambil daripada tubuh pesakit yang mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian sejak hospital berkenaan ditubuhkan hampir 40 tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan
    SPICES di PPSP, Kubang Kerian di sini hari ini. – Bernama

    Sebahagian anggota badan manusia yang dipamerkan di Galeri Interaktif Sains Perubatan (SPICES) di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...