Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Spider- Man meloncat ke mercu jaya

LOS ANGELES – Spider-Man: Homecoming secara tidak langsung telah berjaya membuka mata pihak penganalisis filem apabila sambutan yang diterima hasil tayangan perdana filem itu berjaya mengumpulkan kutipan setinggi AS$117 juta setelah ditayangkan di 4,348 pawagam.

Dari jumlah tersebut sebanyak AS$10.6 juta hasil kutipan tersebut adalah hasil tayangan daripada 392 skrin Imax.

Hasil kutipan filem yang menelan belanja kos pembikinan sebanyak AS$175 juta keluaran Sony, Columbia Pictures dan Marvel Studios itu jelas jauh daripada apa yang disasarkan apabila sasaran awal hanya pada sekitar AS$80-AS$110 juta

“Warga kerja Sony dan Marvel jelas berasa cukup teruja terhadap sambutan yang diterima hasil dari tayangan filem yang menampilkan adiwira ini dan ia setentunya menjadi satu kemunculan semula yang terbaik bagi Spider-Man,” jelas Ketua Pemasaran Sony, Josh Greenstein.

Spider-Man: Homecoming setentunya merupakan sebuah filem yang cukup sesuai untuk ditonton bersama seisi keluarga pada musim panas ini di mana ia mengisahkan mengenai Peter Parker lakonan Tom Holland yang harus berusaha dengan penuh gigih untuk membuktikan bahawa dirinya memang layak untuk menjadi anggota Avenger.

Watak Spider-Man dalam Spider-Man : Homecoming dilakonkan oleh Tom Holland.
Watak Spider-Man dalam Spider-Man : Homecoming dilakonkan oleh Tom Holland.
Karakter Minions berwarna kuning kembali menghiburkan dalam Despicable Me 3.
Karakter Minions berwarna kuning kembali menghiburkan dalam Despicable Me 3.
Salah satu babak penyiasatan dalam Baby Driver.
Salah satu babak penyiasatan dalam Baby Driver.

Antara faktor yang turut mendorong dalam kejayaan filem yang diarahkan oleh Jon Watts ini adalah penampilan Robert Downy Jr. sebagai Iron Man yang berperanan sebagai mentor Spider-Man dalam filem ini.

Di samping itu, filem ini juga turut menampilkan beberapa bintang terkenal lain seperti Michael Keaton yang melakonkan watak Vulture, Jon Favreau, Happy Hogan dan Zndaya.

Sebelum Spider-Man: Homecoming, Jon Watts telah mengarahkan dua filem berbajet rendah iaitu Clown pada tahun 2014 dan Cop Car lakonan Kevin Bacon pada tahun 2015.

Filem ini setentunya merupakan satu kejayaan yang cukup membanggakan bagi komik Marvel dan berjaya mengatasi sasaran beberapa penganalisis filem sekali gus menyaingi filem Wonder Woman yang diangkat dari komik DC.

Juara pada minggu lalu, Despicable Me 3 pula harus akur berada di tangga kedua dengan kutipan setinggi AS$34 juta di mana ia jelas memperlihatkan penurunan sebanyak 53 peratus berbanding kutipan yang diperoleh pada minggu lalu.

Wonder Woman diarahkan oleh seorang pengarah wanita, Patty Jenkins yang sebelum ini juga berjaya mengukir nama melalui filem Monsters.
Wonder Woman diarahkan oleh seorang pengarah wanita, Patty Jenkins yang sebelum ini juga berjaya mengukir nama melalui filem Monsters.
Transformers: The Last Knight merupakan siri kelima dalam francais filem Transformers.
Transformers: The Last Knight merupakan siri kelima dalam francais filem Transformers.

Sementara Baby Driver pula menduduki tangga ketiga dengan jumlah kutipan sebanyak AS$12.8 juta di mana ia memperlihatkan penurunan sebanyak 38 peratus berbanding minggu lalu.

Manakala Wonder Woman pula mengekalkan kedudukannya di tangga keempat dengan jumlah kutipan sebanyak AS$10.1 juta sekali gus menjadikan kutipan keseluruhan yang berjaya dikumpul oleh filem itu ialah AS$368.7 juta setelah ditayangkan selama enam minggu.

Transformers: The Last Knight pula menduduki tangga kelima dalam carta dengan jumlah kutipan sebanyak AS$6.3 juta sekali gus menjadikan kutipan keseluruhan yang berjaya dikumpul oleh filem itu ialah AS$118.9 juta.

Secara keseluruhan, kutipan Box Office bagi tayangan filem pada musim panas ini telah berjaya mencecah sehingga AS$2.3 bilion yang kurang sebanyak lapan peratus berbanding pada tahun lalu.

“Walaupun filem Spider-Man Homecoming berjaya mendapat sambutan yang di luar dugaan ternyata ia belum mampu untuk menyaingi hasil kutipan pada tahun lalu dan kutipan dijangka akan terus meningkat menjelang tayangan beberapa buah filem hebat seperti ‘War For The Planet of The Apes,’ ‘Dunkirk,’ dan ‘Atomic Blonde’.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -