Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sportage, bilik pameran baharu kia dirasmi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Kia Sportage serba baharu secara rasmi memasuki pasaran Brunei menerusi Grand Motors Sdn Bhd dengan majlis pelancaran yang diadakan di bilik pameran Kia baharu di Perindustrian Beribi II, yang juga dilancarkan hari ini.

    Hadir semasa pelancaran itu ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Kim Soung-eun; Presiden Ibu Pejabat Kia Asia Pasifik, Ted Lee dan para pengarah Grand Motors.

    Majlis dimulakan dengan pelancaran bilik pameran Kia baharu di mana Grand Motors sedikit sebanyak memperkenalkan penjenamaan dan slogan jenama baharu Kia iaitu Movement That Inspires.

    Menurut Grand Motors, slogan baharu itu merupakan satu manifesto jenama yang mencerminkan tujuan baharu Kia untuk memberi inspirasi kepada pengguna melalui produk dan perkhidmatan, serta pengalaman mereka dengan jenama itu.

    Penjenamaan baharu Kia menekankan kepada pergerakan yang membolehkan orang ramai melihat tempat baharu, bertemu orang baharu dan merasai pengalaman baharu.

    TYT Kim Soung-eun, Ted Lee dan para pengarah Grand Motors semasa pelancaran bilik pameran Kia baharu di Perindustrian Beribi II, kelmarin.
    Pelancaran Kia Sportage serba baharu turut diselajurkan semasa majlis pelancaran bilik pameran berkenaan.

    Manakala itu, bilik pameran baharu Kia Brunei adalah berdasarkan falsafah reka bentuk baharu Kia, iaitu Opposites United yang telah mendapat pujian tinggi daripada pengkritik reka bentuk di seluruh dunia, rekaan yang mengambil inspirasi daripada kontras yang terdapat dalam alam semula jadi dan kemanusiaan.

    Teras falsafah reka bentuk itu adalah identiti visual baharu yang membangkitkan daya positif dan tenaga semula jadi, dengan kombinasi kontras elemen gaya yang tajam dan bentuk arca.

    Opposites United adalah berdasarkan lima prinsip reka bentuk utama iaitu Bold for Nature, Joy for Reason, Power to Progress, Technology for Life dan Tension for Serenity.

    Majlis kemudian disusuli dengan pelancaran Kia Sportage generasi ke-5 yang menampilkan rekaan serba baharu yang tampak eksklusif sesuai dengan jenama baharu Kia.

    Di bahagian depan menampilkan logo Kia baharu, ditambah dengan gril hitam Digital Tiger Face yang panjang dan diluaskan. Ruang antara gril dan lampu utama diselitkan lampu siang (DRL) yang berbentuk bumerang serta rekaan bampar depan kenderaan yang baharu.

    Bahagian bahagian sisi Sportage pula nampak kemas dengan garis badan minimum berbanding model sebelum ini.

    Menurut Grand Motors, mereka membawakan Kia Sportage dengan model standard, spesifikasi tinggi dan X-Line untuk dipasarkan di negara ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...