Spotify dilancarkan di Rusia dan 12 pasaran tambahan di Eropah

MOSCOW – Spotify hari ini melancarkan perkhidmatannya di 13 pasaran baharu merentasi Eropah termasuk Rusia, satu daripada 20 pasaran penstriman terbesar di dunia.

Sebagai perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular di dunia, dengan pengembangan hari ini, Spotify kini telah menjangkau ke 92 pasaran pada masa ini di seluruh dunia.

Sebanyak 13 pasaran baharu Spotify termasuk: Albania, Belarus, Bosnia & Herzegovina, Croatia, Kazakhstan, Kosovo, Moldova, Montenegro, Macedonia Utara, Rusia, Serbia, Slovenia, Ukraine.

Sebagai platform terkemuka yang memacukan penemuan muzik di lebih banyak jenis peranti berbanding dengan perkhidmatan lain, pengembangan Spotify di Eropah hadir ketika pengguna di wilayah itu menerima dengan tangan terbuka penstriman.

Menurut Persekutuan Antarabangsa bagi Industri Fonografi (IFPI), Rusia adalah pasaran penstriman ke-17 terbesar di dunia dan dengan pantas bakal menjadi pasaran penstriman ke-10 terbesar menjelang tahun 2030. Lebih daripada 87 peratus peminat di Rusia kini mengakses muzik melalui penstriman, berbanding dengan 61 peratus penerimaan di seluruh dunia, dan 68 peratus penerimaan di Amerika Syarikat, menurut IFPI.

Mulai hari ini, Spotify menawarkan kedua-dua perkhidmatan Percuma dan Premium mereka di setiap 13 pasaran baharu mereka.

“Pelancaran hari ini membuka ruang bagi hampir 250 juta peminat untuk mula menemui muzik baharu dari seluruh dunia di Spotify, dan bagi artis di rantau itu untuk menjangkau khalayak peminat global yang semakin berhubung,” kata Gustav Gyllenhammar, Naib Presiden Spotify, Pasaran dan Pertumbuhan Pelanggan.

“Pelancaran di 13 pasaran ini adalah satu detik yang penting di dalam perjalanan Spotify, terutama ketika kami mengalu-alukan peminat dan artis di pasaran muzik yang berkembang seperti Rusia, di mana penstriman sedang diterima secara meluas dan di mana kami melihat satu peluang yang signifikan untuk Spotify.”

Sebagai sebahagian daripada pengembangan Spotify yang diumumkan hari ini, ia telah memperkenalkan 200 senarai audio baharu yang menampilkan artis dari seluruh wilayah itu yang tersedia untuk peminat di seluruh dunia.

Untuk menonjolkan budaya muzik Rusia yang kaya, misalnya, Spotify telah menambahkan hampir 100 senarai audio, termasuk senarai audio dalam talian yang disusun secara editorial seperti Hip-Hop Cannon dan New Music Friday Russia, dan senarai audio ‘This Is’ yang menampilkan artis-artis popular Rusia.

Senarai audio Spotify yang diperibadikan seperti Release Radar, Daily Mix, dan Discover Weekly, yang dimaklumkan oleh tabiat mendengar bagi peminat individu, kini juga tersedia dalam Bahasa Rusia.

Aplikasi Spotify tersedia untuk dimuat turun secara percuma atau dengan satu peningkatan kepada Spotify Premium, termasuk Pelan Individu, Keluarga, Pelajar (pasaran terpilih) dan Duo Premium.

Spotify mengubah selama-lamanya cara mendengar muzik apabila kami dilancarkan pada tahun 2008. Misi kami adalah untuk membuka potensi bagi kreativiti manusia dengan memberikan satu juta artis kreatif peluang untuk bergantung hidup pada seni mereka dan berbilion peminat dengan peluang untuk menikmati dan mendapat inspirasi daripada pencipta ini.

Segala yang kami lakukan didorong oleh kecintaan kami terhadap muzik dan audio siar atau podcast.

Temui, urus, dan berkongsi lebih 50 juta judul, termasuk lebih 1 juta tajuk audio siar, secara percuma, atau dinaik taraf kepada Spotify Premium untuk mengakses ciri-ciri eksklusif bagi muzik termasuk kualiti bunyi yang ditingkatkan dan satu pengalaman pendengaran atas permintaan, luar talian, dan tanpa iklan.

Hari ini, kami adalah merupakan perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular di dunia dengan sebuah komuniti yang mencakupi lebih 286 juta pengguna, termasuk 130 juta pelanggan Spotify Premium, merentasi 92 pasaran. – Bernama