SPR terima makluman pembatalan darurat S’wak

KUCHING, 4 NOV – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenai pembatalan Proklamasi Darurat bagi negeri itu semalam.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan Seksyen 3 (3) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, Dewan Undangan Negeri hendaklah terbubar pada tarikh Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatalkan atau diungkaikan.

“Di bawah Seksyen 3 (4) Ordinan yang sama berkehendakkan suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatalkan atau diungkaikan. – Bernama