Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    SPRM Sabah tahan lelaki dipercayai terlibat sindiket sijil digital vaksinasi COVID-19

    KOTA KINABALU, 11 JAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang lelaki dipercayai meminta rasuah lebih RM2,000 daripada orang awam bagi tujuan pendaftaran Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 di dalam aplikasi MySejahtera pada Oktober tahun lepas.

    Menurut sumber, lelaki berumur 31 tahun itu juga dipercayai memberi rasuah kepada sukarelawan di satu pusat pemberian vaksin sebagai balasan mendaftarkan nama individu yang tidak menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi mendapatkan sijil digital berkenaan.

    Suspek ditahan kira-kira pukul 1:30 tengah hari tadi di pejabat SPRM di sini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...