Wednesday, November 6, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    SPRM temukan dua ‘safehouse’

    KOTA KINABALU, 14 OKT – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemukan dua ‘safehouse’ serta merampas mata wang asing dan tempatan keseluruhan bernilai RM321,000 dalam siasatan kes melibatkan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI).

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata empat individu ditahan Khamis lepas bagi membantu siasatan kes itu, dengan seorang daripadanya yang mempunyai kaitan dengan pengarah syarikat terbabit masih direman hingga esok.

    Beliau berkata dua individu dibebaskan dengan jaminan SPRM semalam, manakala seorang lagi hanya direman sehari.

    “Seramai 15 saksi telah direkod keterangan melibatkan kes ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2024, hari ini.

    Konvensyen itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. 

    Semalam media melaporkan, SPRM menemukan sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur yang dipercayai dijadikan ‘safehouse’ oleh seorang ahli politik berpengaruh.

    Azam berkata, pihaknya percaya terdapat wang terlibat dalam kes itu dilaburkan di negara luar dan tidak menolak akan terdapat lebih serbuan serta penahanan individu yang terlibat dalam kes itu.

    Ditanya tentang identiti dan penglibatan ahli politik berpengaruh dalam kes itu, beliau berkata perkara itu masih dalam siasatan pihaknya. – Bernama

    Tan Sri Azam Baki semasa sidang media selepas Persidangan Penyelidikan Governans, Intergriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan di Selangor pada 26 September. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda