Saturday, November 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’pura arah pengimport tarik balik produk Organic Mee Suar

    SINGAPURA, 28 SEPT – Agensi Makanan Singapura (SFA) mengesan gluten yang tidak diisytihar pada label pembungkusan makanan Organic Mee Suar (300g) Perasa Asli dari Malaysia.

    Memandangkan gluten ialah bahan yang boleh mencetuskan alahan (alergen), SFA berkata ia telah mengarahkan pengimport, Taste Original Pte Ltd, supaya menarik balik produk berkenaan.

    “Menarik balik produk sedang dibuat,” kata SFA dalam satu kenyataan hari ini.

    Alergen dalam makanan boleh mengakibatkan tindak balas alahan pada individu yang sensitif terhadapnya.

    Mengikut Peraturan Makanan Singapura, produk makanan yang mengandungi ramuan yang diketahui menyebabkan hipersensitif, mesti diisytiharkan pada label pembungkusan makanan bagi melindungi pengguna yang mempunyai alahan makanan.

    “Semua bahan dalam makanan yang dibungkus juga perlu dinyatakan pada label produk dalam tertib menurun mengikut perkadaran berat kandungannya,” menurut kenyataan itu.- Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda