S’pura benarkan kemasukan pelawat Vietnam, Australia

SINGAPURA, 1 OKT – Singapura akan membenarkan kemasukan pelawat dari Vietnam dan Australia, kecuali titik panas koronavirus, negeri Victoria, bermula minggu depan.

Negara kota itu bulan lalu membenarkan pelawat dari Brunei dan New Zealand serta secara berhati-hati membuka sempadannya selepas perintah sekatan virus bagi membantu menghidupkan semula lapangan terbangnya, hab penerbangan utama serantau.

Pihak berkuasa penerbangan mengatakan terdapat risiko rendah pengimportan virus dari dua negara itu. Pelawat bagaimanapun perlu menjalani ujian swab sejurus ketibaan, melakukan perjalanan dalam penerbangan tanpa transit dan memuat turun aplikasi mudah alih bagi pengesanan kontak.

Kemasukan pelawat Vietnam dan Australia berkuat kuasa 8 Ogos ini.

Langkah Singapura adalah sehala dan tidak dibalas oleh empat negara lain. Namun Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung mengatakan dalam satu hantaran Facebook pada Rabu bahawa ‘dengan setiap langkah pembukaan selamat sempadan, kami mula membina semula hubungan dan memberi nafas kepada Lapangan Terbang Changi. – AP