S’pura catat 15 kes baharu

SINGAPURA, 24 SEPT – Singapura yang sedang merangka hala tuju pembukaan semula fasa ketiga dan keempat sektor ekonomi dan aktiviti sosial, mengesahkan pertambahan 15 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di republik itu adalah 57,654 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam data ringkas dikeluarkan hari ini, terdapat lima kes import yang sudah pun diserahkan Notis Duduk di Rumah sebaik tiba di Singapura. – Bernama