S’pura catat 91 jangkitan virus

SINGAPURA, 17 OGOS – Sebanyak 91 ke baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan di Singapura dalam tempoh 24 jam, dengan enam daripadanya adalah kes import, menjadikan jumlahnya kini adalah 55,838.

Menurut data ringkas yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura hari ini, semua kes import berkenaan melibatkan mereka yang dikenakan Notis Tinggal Di Rumah sebaik tiba di Singapura.

“Berdasarkan siasatan kami, sehingga kini tidak ada kes dalam komuniti,” katanya.

Sementara itu kebanyakan kes melibatkan pemegang permit kerja yang sedang menjalani kuarantin. Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat semalam, kementerian itu berkata terdapat kira-kira 19,900 pekerja masih menjalani tempoh kuarantin. – Bernama