Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

S’pura henti bayaran bil hospital penduduk tidak divaksinasi

-

SINGAPURA, 9 NOV – Singapura akan menghentikan bayaran bil hospital akibat COVID-19 bagi mereka yang memilih tidak divaksinasi mulai bulan depan, ekoran koronavirus menyebabkan tekanan ke atas sistem penjagaan kesihatannya.

Negara itu berdepan gelombang COVID-19 terburuk sejak permulaan pandemik, merekodkan 2,000 sehingga 3,000 kes COVID-19 sehari dan bilangan kematian yang semakin meningkat. Kerajaan terpaksa menampung bil perubatan semua warga Singapura dan penduduk lain yang dijangkiti virus itu, kecuali mereka yang diuji positif sekembalinya dari luar negara.

Namun bermula 8 Disember, kementerian kesihatan menekankan pihak berkuasa akan mula menetapkan bayaran kepada pesakit COVID-19 yang memilih tidak divaksin. Mereka yang dijangkiti masih boleh menggunakan pengaturan pembiayaan biasa menampung kos perubatan seperti insurans swasta.

“Orang tidak divaksin merupakan majoriti besar mereka yang memerlukan penjagaan intensif dan mengakibatkan bebanan ke atas sumber penjagaan kesihatan kami,” kata kementerian dalam satu kenyataan.

Bil bagi yang mereka yang tidak layak untuk vaksinasi – seperti kanak-kanak di bawah umur 12 tahun atau mereka yang mempunyai alasan perubatan tertentu – masih tetap akan dibayar sepenuhnya.

Singapura mencapai salah satu kadar vaksinasi tertinggi di dunia dengan 85 peratus daripada 5.5 juta penduduknya disuntik sepenuhnya, namun gelombang baharu menyaksikan ia bergelut dengan penularan COVID-19 yang dianggap standard biasa global. – AFP

Warga Singapura berjalan di sepanjang laluan Boat Quay di hab perniagaan Singapura. Negara itu memutuskan menghentikan bayaran bil hospital bagi mereka yang memilih untuk divaksinasi kerana bebanan ke atas sistem penjagaan kesihatannya. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -