Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    S’pura kenakan caj jalan raya timbal balas

    SINGAPURA, 16 Jan – Semua kereta yang berdaftar di luar negara perlu membayar Caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC) sebanyak S$6.40 setiap kali memasuki negara ini melalui Pusat Pemeriksaan Tuas atau Woodlands mulai 15 Feb 2017, demikian diumumkan Lembaga Pengangkutan Darat Singapura (LTA) hari ini.

    Dalam kenyataan di sini, LTA berkata langkah itu adalah sebagai timbal balas RRC terhadap Caj Jalan Raya Malaysia sebanyak RM20 bagi sekali masuk yang dikenakan terhadap kereta yang memasuki Johor mulai 1 Nov 2016.

    RRC itu akan dikutip bersama-sama Permit Masuk Kenderaan (VEP), bayaran tol dan bayaran tetap Kadar Bayaran Elektronik (ERP) sebelum meninggalkan Pusat Pemeriksaan Tuas atau Woodlands, katanya.

    Menurut LTA, papan tanda sudah dipasang untuk mengingatkan pemandu kenderaan supaya menjelaskan bayaran yang diperlukan dengan memasukkan Autopass Card atau CashCard mereka ke dalam alat pembaca kad di pondok imigresen.

    LTA mengenakan penalti lebih berat terhadap pemandu kenderaan bermotor yang mengelak daripada menjelaskan bayaran tol dan caj berkenaan mulai 1 Ogos 2016.

    Mereka yang melakukan kesalahan untuk kali pertama perlu membayar S$50, manakala pesalah berulang dikenakan denda S$100. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda